suria

Evans kembali sarung jersi United?

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho membuat pengumuman mengejutkan apabila bakal membawa masuk Jonny Evans kembali ke Old Trafford dengan harga yang jauh lebih rendah iaitu kira-kira 3 juta pound sterling.

Pemain pertahanan itu meninggalkan United untuk berhijrah ke West Brom pada 2015 apabila Louis van Gaal melepaskannya dengan harga 6 juta pound sterling.

Evans cemerlang pada dua musim pertamanya bersama The Baggies sehingga menjadi buruan Arsenal dan Manchester City pada tahun lalu.

Namun West Brom kini menduduk tangga tercorot liga menyebabkan pasukan itu diturunkan pada aksi Liga Kejuaraan musim depan.

West Brom meletakkan harga Evans sekitar 25 juta pound sterling tetapi dia boleh meninggalkan kelab itu dengan bidaan sebanyak 3 juta pound sterling mengikut klausa dalam kontraknya jika kelab itu tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

United merupakan pasukan kedua yang memiliki benteng pertahanan terbaik tetapi Mourinho masih mahu memperkukuhkan skuad itu.

Justeru, Evans dilihat sebagai pemain tepat untuk perancangan pengendali Portugal itu musim depan, lapor The Sun.

Jika perpindahan itu dimuktamadkan, ia akan memberi risiko kepada kedudukan Marcos Rojo dan Victor Lindelof yang baharu saja tiba pada musim panas lalu.

Jonny Evans, Manchester United

Artikel Sebelum

Gerrard nasihat Klopp

Artikel Berikut

Jangan harap Real Madrid!

Artikel Lain