suria

Ini Kegagalan Saya - Zidane

ZINEDINE Zidane mengakui dia bertanggungjawab selepas tersingkir daripada saingan Cope del Rey.

Real Madrid tewas 2-1 kepada Leganes pada aksi suku akhir di Stadium Barnabeu awal pagi Khamis.

"Sudah tentu saya bertanggung jawab. Ini adalah kegagalan saya. Kami tidak bermain seperti dalam perlawanan ketika separuh masa pertama.

"Kami tidak bermain seperti yang sepatutnya. Ia malam yang sukar," ujar Zidane.

Sementara itu, dua gol kemenangan Leganes menyaksikan mereka melakar kejayaan besar mara ke peringkat ini buat kali pertama.

"Kami sentiasa percaya boleh melakukannya. Aksi musim ini diteruskan dengan berharapkan beberapa gol dan berdepan dengan kesukaran, tetapi kami terus berusaha," ujar jurulatih Asier Garitano.

Dua gol Leganes dijaringkan oleh Javi Eraso minit ke-32, manakala gol kemenangan oleh Gabriel minit ke-56.

Gol tunggal Real Madrid disumbat oleh Karim Benzema, minit ke-47.

Karier Zidane di Real Madrid dilaporkan goyang sejak akhir-akhir ini berikutan aksi yang kurang konsisten dan semakin ketinggalan 19 mata daripada pendahulu La Liga, Barcelona.

Apa yang pasti, bekas pemain antarabangsa Perancis itu perlu memastikan kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint Germain Februari ini bagi kedudukan selesa di kelab ini.

Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Lain