suria

JDT Diiktiraf MBOR

Tunku Ismail (dua, kanan) menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records di atas kecemerlangan JDT, pada Rabu. Foto Facebook Johor Southern Tigers

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) di atas pencapaian cemerlang pasukan itu.

Skuad Harimau Selatan menerima empat pengiktirafan MBOR di atas pencapaian dan kejayaan dalam Liga Super serta Piala AFC.

JDT diiktiraf sebagai pasukan pertama di Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC pada 2015.

Kelab itu juga merupakan pasukan dalam negara yang memenangi Kejuaraan Liga Super untuk empat musim berturut-turut bagi 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Selain itu, MBOR memberi pengiktirafan kepada JDT kerana pasukan tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin sepanjang lima musim berturut-turut iaitu bagi 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Selain itu, JDT juga cemerlang apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super untuk musim 2016.

Penyerahan sijil-sijil pengiktirafan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JDT, MBOR

Artikel Lain