Kedah Bertemu JDT Dengan Empat Import

Ramon Marcote

PENGENDALI Kedah berhasrat untuk menamakan empat import sahaja apabila turun menentang JDT bagi merebut Piala Sumbangsih di Larkin awal bulan depan.

Ramon Marcote berkata, tindakan itu akan dilakukan selepas pemain tempatan yang terdiri daripada anak muda negeri itu memiliki kemampuan dan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan pramusim.

Jelasnya, berdasarkan penampilan pemain tempatan, mereka membuktikan diri masing-masing perlu diberi peluang dalam membantu skuad berkenaan membawa pulang piala pertama musim ini.

"Dalam lima perlawanan yang kita lalui sebelum ini mungkin semua pihak bersetuju bahawa Kedah mempunyai pelapis atau pemain tempatan berbakat untuk diberi tanggungjawab dalam saingan Liga Malaysia (LigaM).

"Bagaimanapun itu tdak bererti Kedah tidak akan mengisi kuota import dari Asean kerana keputusan lanjut mengenai pemain import yang  akan bersama kita akan diputuskan oleh pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

"Saya telah menyerahkan nama-nama pemain yang dikehendaki dan KFA sedang melaksanakan tugas mereka, kita perlu menunggu sehingga semuanya selesai sebelum pemain berkenaan dapat bersama pasukan ini.

"Oleh itu untuk memberi perhatian bagi perlawanan pembukaan liga nanti kita akan memperkuatkan skuad ini dengan pemain tempatan dan empat import yang ada.

"Apa yang penting mereka berjuang sebagai satu pasukan dan fokus di atas padang dalam melaksanakan misi penting skuad," katanya kepada mStar Online.

Selain memiliki ramai pemain muda dari skuad Piala Preseiden, Kedah turut memiliki seorang pemain yang menjadi perhatian kelab-kelab dari negara jiran iaitu Akhayar Rashid.

Mula mencipta nama ketika saingan sukan SEA, Akhyar kini lebih matang apabila berjaya membantu skuad B-23 Tahun negara dalam saingan peringkat Asia.

Kelincahan pemain itu turut menarik perhatian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikan namanya dalam skuad senior selepas ini.

Berikutan itu, permata skuad hijau kuning itu dijangka akan mendapat lebih banyak peluang selepas ini di bawah kendalian Marcote dalam misi mencabar Liga M.

Ramon Marcote, Piala Sumbangsih

Artikel Sebelum

Sanchez Berjiran Dengan Mourinho?

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain