Selepas Sanchez, Mourinho 'Ditugaskan' Intai Satu Lagi Sasaran City - Sukan | mStar

Selepas Sanchez, Mourinho 'Ditugaskan' Intai Satu Lagi Sasaran City

Jose Mourinho dan Pep Guardiola.

JOSE Mourinho digesa untuk mengintai seorang lagi pemain sasaran Pep Guardiola.

Gary Neville mendakwa, pengurus Manchester United itu akan melihat peluang mendapatkan pertahanan Athletic Bilbao, Aymeric Laporte.

Sumber di Sepanyol mendakwa Manchester City telah menunjukkan minat mereka terhadap pemain itu, yang mempunyai klausa pembelian £60 juta.

Mourinho baru sahaja memenangi perlumbaan untuk sasaran jangka panjang City, Alexis Sanchez dan Neville menegaskan Laporte mungkin akan menjadi pemain seterusnya.

Aymeric Laporte. -fotoGetty

Pemain antarabangsa Perancis bawah 21 tahun itu menolak perpindahan ke Etihad dua musim panas lalu dalam jendela pemindahan pertama Guardiola di kelab itu.

Tetapi dia kini muncul sebagai sasaran City sekali lagi, dengan pemimpin Liga Perdana itu kini tekad untuk memperkukuhkan pertahanan mereka sebelum akhir bulan ini.

Neville mendakwa dia akan menjadi satu pengambilalihan berkualiti, menegaskan bahawa Mourinho semestinya tidak melepaskan peluang tersebut.

Pengulas The Sky Sports dan bekas pelatih Valencia ini menulis tweet: "Dalam masa saya yang sangat singkat di Sepanyol, kami tiga kali bermian dengan mereka! Budak ini boleh bermain! Silalah United.

"Sukar untuk mendapatkan pemain keluar dari Bilbao dan ia mahal, tetapi budak ini adalah pemain yang sangat baik."

Mourinho telah menandatangani dua pemain tengah sejak mengambil alih United pada 2016, iaitu Eric Bailly dan Victor Lindeloff. -manchestereveningnews

Jose Mourinho , Aymeric Laporte

Artikel Sebelum

JDT Diiktiraf MBOR

Artikel Berikut

Sanchez Berjiran Dengan Mourinho?

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel