suria

Hernandez Kahwin, Bakal Dipenjara Setahun

PEMAIN pertahanan Atletico Madrid berdepan dengan hukuman setahun penjara.

Lucas Hernandez boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun gara-gara melanggar perintah mahkamah dengan mengahwini kekasihnya.

Pemain berusia 21 tahun itu, dan pasangannya Amelia Ossa Llorente diarah tidak bertemu antara satu sama lain selama enam bulan selepas Hernandez melakukan keganasan tahun lalu.

Kedua-dua dijatuhkan hukuman melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat dan tidak berada berdekatan dalam tempoh 500 meter antara satu sama lain.

Bagaimana pun, empat bulan selepas arahan dikeluarkan, pemain kelahiran Perancis yang sentiasa berada dalam skuad utama Diego Simeone itu telah mengahwini Llorente di Las Vegas pada Jun lalu.

Malah pasangan itu kelihatan bahagia dan berbulan madu di Bahamas.

Sebaik sahaja balik dari percutian, mereka ditahan di Lapangan terbang Adolfo-Suarez-Barajas, dan Hernandez terpaksa bermalam di lokap.

Pendakwaraya Sepanyol mengarahkan Hernandez dipenjara selama setahun.

Pun begitu, Llorente dibebaskan tanpa sebarang dkawaan, dan tidak berdepan dengan sebarang hukuman.

Dia mendakwa tidak menerima sebarang makluman mengenai arahan daripada mahkamah ketika pertuduhan dibuat.

Lucas hernandez, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain