suria

Sanchez Ucap 'Selamat Tinggal Arsenal'

Alexis Sanchez. -fotoDailyMirror

ALEXIS Sanchez telah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Arsenal malam Jumaat ketika urusan perpindahannya ke Manchester United hampir selesai.

Pengurus Arsene Wenger memberi pertimbangan serius untuk memasukkan nama Sanchez dalam skuadnya berdepan Crystal Palace pada Sabtu selepas Danny Welbeck cedera ketika latihan pada Khamis.

Tetapi selepas dimaklumkan satu kesepakatan telah dicapai, Sanchez mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangan sebelum berhijrah ke kelab utara. kira-kira pukul 11 malam.

Penyerang itu kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan untuk membuat persiapan perpindahan ke United.

Sanchez telah bekerjasama dengan Arsenal mengenai urusan perpindahannya minggu ini, tetapi kembali berlatih pada Jumaat.

Sanchez masih menjalani latihan dengan Arsenal sehingga petang Jumaat.

United akan membayar £35 juta untuk Sanchez, bayaran perpindahan £20 juta kepada Arsenal dan £15 juta kepada ejen pemain Fernando Felicevich.

Sanchez akan dibayar £350,000 seminggu dan tambahan £100,000 seminggu untuk hak imej selama kontrak empat setengah tahun.

Dia juga akan menerima £7.5 juta setahun selama empat tahun sebagai fi menandatangani perjanjian.

Sebahagian daripada alasan Arsenal bersetuju untuk menjual pemain berusia 29 tahun ke United kerana kelab itu mahukan Mkhitaryan, yang pernah dikaitkan dengan The Gunners sebelum dia menyertai United dengan harga £26 juta dari Borussia Dortmund 18 bulan yang lalu.

United turut menilai Mkhitaryan pada harga £35 juta tetapi rundingan pertukaran langsung itu berlanjutan disebabkan  kerumitan perjanjian itu.

Mkhitaryan memperoleh £140,000 seminggu di United dan ditetapkan kenaikan gaji yang akan menjadikannya pemain dengan bayaran paling tinggi di Arsenal.

Mourinho menegaskan menandatangani Sanchez dalam jendela perpindahan kali ini tidak harus ditafsirkan sebagai pembelian panik atau tanda kelemahan dalam skuadnya sebaliknya lebih mencerminkan kualiti pemain.

"Bagi saya, matlamat perpindahan Januari adalah untuk membantu kelab-kelab yang tidak dapat membuat perpindahan dengan baik pada musim panas," kata bos United itu

"Oleh itu, kami tidak suka melakukan perniagaan pada Januari kerana ia menunjukkan kami tidak memberikan yang terbaik.

"Tetapi jika anda mempunyai peluang untuk mendapatkan beberapa pemain istimewa, ada pemain yang boleh memberikan yang terbaik pada musim panas nanti dan anda mempunyai peluang untuk melakukannya sekarang, itulah situasi istimewa dan anda cuba lakukannya.

"Bukan sebab kekurangan sesuatu atau kami sangat memerlukan sesuatu. Ia hanya memikirkan tentang peningkatan pasukan." -mailOnline

Alexis Sanchez, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain