suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Hanya Mahu 'Yang Baik-Baik'

Pep Guardiola. Foto AP

PEP Guardiola mendakwa Manchester City mahu menandatangani 'mereka yang baik-baik' dan mengakui mereka mempunyai masalah pertahanan.

Pasukan itu menarik diri dari merebut pemain Alexis Sanchez dari Arsenal, yang dijangka melengkapkan perpindahan bersama pencabar mereka, Manchester United.

Namun fokusnya adalah pemain pertahanan, dengan Fabian Delph yang terpaksa dikeluarkan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan di Anfield pada Ahad lalu.

Guardiola berkata, beliau hanya terbuka untuk menandatangani wajah baru yang tidak akan memberi kesan kepada keharmonian skuad.

"Sama ada pemain itu dapat menyesuaikan diri bergantung pada kualiti mereka dan sekiranya mereka orang yang baik-baik," kata pengurus Manchester City itu.

"Kami sedang mencari orang yang baik-baik untuk menyertai kami. Delph dikeluarkan buat sementara waktu. Vincent (Kompany) jauh lebih baik tetapi saya tidak tahu (keadaan) hujung minggu ini," tambahnya. - Mail Online

Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain