suria

Tak Tahu Kenapa Lama Sangat - Mourinho

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho mengakui beliau tidak tahu mengapa perpindahan Alexis Sanchez dari Arsenal ke Old Trafford ditangguhkan tetapi mahu memberi tumpuan kepada perlawanan Manchester United di Burnley.

Sanchez yang dilihat berada di tempat latihan Arsenal pada pagi Jumaat, tidak dapat menandatangani kontrak bersama Manchester United pada masa itu kerana perlu bermain di Turf Moor pada Sabtu.

Sementara itu, Henrikh Mkhitaryan yang dijangka berhijrah ke Arsenal pula berlatih di Carrington.

Mourinho mengesahkan bahawa Mkhitaryan sekali lagi akan meninggalkan skuad, dan mendakwa beliau tentang mengenai keadaan membabitkan Sanchez.

Bagaimanapun beliau memberitahu bahawa tiada perkara baharu ketika ditanya mengenai Sanchez menyertai pasukannya.

Pengurus Manchester United itu memperlahankan langkahnya untuk memuktamadkan kontrak bersama bintang kelahiran Chole itu bagi memberi tumpuan kepada mengejar Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris. 

"Jadi, sekarang ni Mkhitaryan adalah pemain kami, Sanchez adalah pemain Arsenal. Tumpuan adalah pada perlawanan esok (Sabtu)," kata Mourinho - Mail Online


Jose Mourinho, Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Yakult Kekal Taja Kelantan

Artikel Lain