suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yakult Kekal Taja Kelantan

KUALA LUMPUR: Syarikat minuman kultur terkemuka Jepun, Yakult Malaysia meneruskan tajaannya bagi musim ini dengan menaja pasukan Bola Sepak Kelantan.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, Yakult sangat berbesar hati untuk meneruskan tajaan pada musim ini kepada The Red Warriors memandangkan pasukan ini berpotensi tinggi untuk melangkah jauh pada saingan kali ini.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan Bola Sepak negara, walaupun terlalu sibuk dengan mesyuarat di merata tempat namun saya sering mengisi jadual saya dengan menonton perlawanan secara langsung terutamanya jika pasukan TRW beraksi.

“Selama mengikuti perkembangan pasukan ini, saya melihat mereka mempunyai peluang yang besar untuk menjuarai liga pada musim kali ini seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Kelantan," kata beliau kepada pemberita pada sidang media Majlis Menandatangani Penaja Pasukan Bola Sepak Kelantan di Kuala Lumpur yang lalu.

Sementara itu, Presiden Kafa, Bibi Ramjani Illias Khan menyambut baik dan berbesar hati denagn keputusan syarikat dari Jepun itu untuk bersama pasukannya lagi bagi musim ini.

“Saya merasa berbangga kerana Yakult setia menyokong pasukan ini dan KAFA dengan harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri Kelantan.

"Saya yakin dan percaya jenama Yakult akan terus berkembang maju di negara ini memandangkan ianya amat di minati oleh semua peringkat umur selain memberikan manfaat kesihatan yang menyeluruh," ujarnya.

Sebagai rekod, penglibatan jenama Yakult dalam bola sepak bukanlah perkara yang asing lagi.

Yakult telah menjadi penaja rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di mana setiap minuman Yakult yang terjual akan di sumbangkan sebanyak 1 sen kepada FAM untuk pembangunan bola sepak Negara.

Yakult, Hiroshi Hamada, Bibi Ramjani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain