suria

Chelsea 'Kempunan' Terlepas Sasaran, Buka Laluan United

Antonio Conte

CHELSEA tidak mampu memenuhi penilaian £60 juta yang dibuat Juventus terhadap pemain bintangnya dari Brazil, Alex Sandro.

Ini sekali gus membuka jalan lebih luas untuk Manchester United menandatangani pemain pertahanan itu.

Antonio Conte sangat marah apabila kelab itu gagal menandatangani Sandro musim panas lalu dan dia sekali lagi menegaskan mahu membawa masuk Sandro pada jendela perpindahan bulan ini.

Juventus pula dengan senang hati akan melepaskan Sandro sekiranya penilaian £60 juta dipersetujui tetapi pengurusan tertinggi di Chelsea melihat nilai itu tidak sepadan dan mereka tidak menunjukkan minat untuk mendapatkannya.

Alex Sandro. -fotoGetty

Chelsea kini terpaksa melihat alternatif lain, semestinya sasaran lebih murah dan keputusan mereka untuk melupakan Sandro telah membuka jalan untuk United, menurut Telegraph.

Jose Mourinho berminat untuk menandatangani dua pemain belakang dan pemain tengah kreatif dalam jendela perpindahan seterusnya dan mahu ia disepakati secepat mungkin.

Sandro dipercayai berminat berpindah ke Liga Perdana dan dia boleh menggandakan gajinya di Old Trafford, di mana dia dipercayai akan menyingkirkan Luke Shaw.

Juventus pada Disember mengesahkan bahawa Sandro bebas meninggalkan Turin pada harga yang tepat dan dasar kelab itu tidak menentang pemain yang ingin berpindah.

"Kami telah banyak kali menyatakan apabila pemain meminta untuk dijual, tanpa mengira prestij atau kepentingan dalam pasukan, kami akan lebih melihat kepada penjualan," kata Marotta kepada Mediaset Premium.

Alex Sandro, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain