suria

Kenyataan Politik, Pemain Jerman Ditembak

Deniz Naki. -fotoREUTERS

SEORANG pemain bola sepak profesional mendakwa dia telah ditembak oleh perisik Turki dalam cubaan bunuh berkaitan kritikannya terhadap rejim Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Deniz Naki, bekas pemain tengah untuk FC St Pauli, kelab divisyen dua dari Hamburg, tidak mengalami kecederaan ketika dia memandu keretanya dan ditembak di Duren, Jerman pada Ahad.

Menunjukkan dua lubang peluru di keretanya, Naki memberitahu pemberita bahawa pendirian politiknya mungkin menjadi punca tembakan oleh perisik Turki atau penyokong kerajaan.

Seorang warganegara Jerman berketurunan Kurdish, Naki dengan lantang telah menjadi pengkritik kerajaan Turki.

Dia berkali-kali tidak puas hati dengan pihak berkuasa Turki sejak berpindah ke negara ini untuk bermain dengan kelab Kurdish Amed SK, pasukan divisyen kedua.

Tahun lepas dia didapati bersalah mempromosikan Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan.

Dia memberitahu akhbar Jerman, Die Welt: "Saya segera tunduk dan kemudian berguling, saya bimbangkan nyawa saya."

Dia memberitahu Bento: "Saya fikir ini berkaitan isu politik.

"Saya terus menjadi sasaran di Turki kerana saya membuat kenyataan pro-Kurdish."

Polis sedang menyiasat kejadian tersebut sebagai cubaan membunuh, menurut laporan di Jerman. -TelegraphUK

Deniz Naki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Coutinho, Isteri Dituduh 'Ular'

Artikel Lain