Gaji Mahal Griezmann, United Mungkin Tak Mampu - Sukan | mStar

Gaji Mahal Griezmann, United Mungkin Tak Mampu

Antoine Griezmann. -fotoAP

ANTOINE Griezmann dilaporkan akan menuntut gaji mingguan lebih tinggi jika Manchester United mahu menghalangnya daripada menyertai Barcelona.

Pemain Perancis itu telah disenarikan dalam perjanjian £89 juta oleh Jose Mourinho untuk menyertai United musim panas akan datang.

Difahamkan, Griezmann berminat untuk menyertai Red Devils tahun lepas, tetapi Barca juga telah menunjukkan minat yang sama.

United kini telah diberitahu bahawa tawaran gaji awal mereka sebanyak £290,000 seminggu terlalu sedikit berbanding apa yang dikehendaki oleh Griezmann.

Dia meminta tambahan £100,000 seminggu dari tawaran £290,000 menjadikannya £400,000 seminggu, setelah melihat jumlah besar yang diperolehi bintang lain.

Sumber Old Trafford berkata: "Pakej yang ditawarkan tahun lepas yang telah dipersetujui sekarang dilihat jauh lebih rendah berbanding apa yang dia mahukan pada musim panas akan datang.

"Ia mungkin terlalu tinggi dan di luar kemampuan kita. Kelab terdesak untuk menandatanganinya tetapi ia menuntut wang yang tinggi.

"Orang-orangnya membuat tuntutan berbeza yang mana kelab mungkin enggan bersetuju."

Atletico hampir pasti menolak sebarang tawaran untuk Griezzmann pada bulan ini, tetapi bersedia untuk berpisah dengannya pada musim panas.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai kelab Sepanyol itu dari Real Sociedad pada 2014 dengan harga sekitar £24 juta. -TheSunUK

Antoine Griezmann , Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Coutinho, Isteri Dituduh 'Ular'

Artikel Berikut

Segera Cari Pengganti Coutinho!

Artikel Berkaitan

Simeone Lebih Penting Daripada Griezmann

Tak Tahu Kenapa Lama Sangat - Mourinho

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain