“Kami Bukan Robot” – Pemain Man United - Sukan | mStar

“Kami Bukan Robot” – Pemain Man United

Phil Jones. Foto Reuters

PEMAIN Manchester United mengakui perlu berehat selepas 11 perlawanan dalam tempoh 34 hari.

Jose Mourinho pula bersiap sedia untuk melepaskan mereka ke Dubai menjalani latihan cuaca panas pada Isnin dengan diberikan rehat seminggu sebelum perlawanan seterusnya menentang Stoke.

Pemain pertahanan, Phil Jones yang mana kariernya terkesan dengan kecederaan yang dialami berkata: "Pastinya menjadi tempoh yang sukar, terutama pada anggota badan.

"Kami bukan robot. Ia sukar sepanjang waktu Krismas dengan jumlah permainan dan perjalanan yang perlu anda lalui.

"Sebagai pemain, anda perlu memberi tumpuan untuk pulih dengan baik untuk setiap perlawanan.

"Sukar untuk berlatih secara normal. Ini semua tentang pemulihan antara permainan, kemudian bermain dalam perlawanan," katanya.

Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera pula berkata: "Adalah bagus untuk mempunyai rehat. Beberapa pemain menghabiskan masa di padang, jadi mereka perlukan rehat.

"Rehat sesuatu yang bagus dan kita perlu memikirkan Stoke kerana kita mahu terus bertahan," tambahnya. 

Mourinho sepatutnya membatalkan perjalanan itu selepas Stoke mengikat seri dalam perlawanan Piala FA menentang Coventry pada Sabtu.

Ini bermaksud perlawanan Manchester United akan dibawa ke Sabtu untuk memberi ruang kepada perlawanan semula. - Mail Online

Phil Jones

Artikel Sebelum

Atur Perlawanan: LBR Sedia Beri Kerjasama

Artikel Berikut

‘Mat Don’ Sah Ke Liga Perancis?

Artikel Berkaitan

Man United Muktamadkan Sanchez

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain