suria

Pengurus Stoke Mark Hughes Dipecat

Mark Hughes. Foto Reuters

STOKE City mahu menamakan pengurus baharu minggu depan selepas memecat Mark Hughes berikutan kekalahan kepada Coventry dalam perlawanan Piala FA 

Hughes dimaklumkan perkara itu oleh ketua eksekutif Tony Scholes di tempat latihan kelab selepas pasukan itu kembali dari kekecewaan di Ricoh Arena. 

Hughes dikatakan bertindak balas dengan cara yang bermaruah.

Kekalahan kepada Newcastle pada Isnin lepas mengakhiri pengurus kelahiran Wales dan pemecatannya sudah dijangka.

Pengerusi Stoke City, Peter Coates dan naib pengerusi, John Coates mengambil keputusan itu selepas menyaksikan kekalahan pasukan berkenaan dalam pusingan ketiga Piala FA pada pusingan ketiga kepada pasukan yang menduduki tempat ke-53.

Pihak Coates berharap untuk terus mempercayai kemampuan Hughes tetapi mempertimbangkan pilihan pemecatan sejak berada pada kedudukan tiga terbawah berikutan tujuh kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris.

Lembaga pengarah akan menilai pilihan pada Isnin dan memulakan proses membuat perjanjian baharu.

Mereka berharap dapat memperkenalkan pengganti dalam tempoh seminggu.

Ronald Koeman, Gary Rowett dan Martin O'Neill merupakan nama-nama yang dipertimbangkan sebagai pengganti Hughes. - Mail Online

Mark Hughes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain