suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Coutinho, Selamat Datang Ke Barcelona!

PHILIPPE Coutinho akhirnya memuktamadkan penghijrahannya ke Barcelona menerusi perpindahan bernilai £145 juta (RM789 juta) dari Liverpool.

Pemain kelahiran Brazil itu terbang ke Sepanyol dari London pada petang Sabtu untuk memuktamadkan perjanjian.

Coutinho mempunyai klausa pelepasan sebanyak £355 juta (RM1.9 bilion) dalam kontrak Barcelona selama lima setengah tahun.

Barcelona mengesahkan perjanjian itu menerusi video yang menunjukkan baju Coutinho digantung di loker sebelah rakan sepasukannya yang baharu.

Terdahulu, ia berkongsi satu lagi klip mereka mengikut pemain itu di Twitter dan Instagram.

Ia merupakan perpindahan kedua paling mahal setakat ini, selepas rakan senegaranya Neymar, yang meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain dalam perpindahan £198 juta (RM1.07 bilion) pada musim panas lepas. - Mail Online


Philippe Coutinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain