suria

Khalid Ali Beri Nasihat Ikhlas Untuk Nelo Vingada

PETALING JAYA: Khalid Ali memberi nasihat ikhlas kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada dan turut menegaskan ia tidak bermaksud untuk menjatuh seseorang apatah lagi memburukkannya.

Dalam nasihat tersebut, Khalid meminta Vingada melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad negara selepas gagal memastikan skuad bankit seperti yang diharapkan penyokong.

"Sejak kembali dari Thailand baru-baru ini, statusnya masih menjadi tanda tanya. Itu yang saya tidak faham. Kegagalan Vingada bukan sekali tetapi tujuh kali.

"Kalau sedikit sebanyak pasukan ada peningkatan, mungkin kita boleh terima. Tetapi dia tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Jadi saya rasa Vingada dinasihakan tariklah diri," jelasnya kepada mStar Online.

Khalid menambah, beliau turut tidak puas hati apabila Vingada memberitahu akan menyasarkan Piala AFF untuk skuad negara selepas ini.

"Piala AFF tidak ada masalah kerana boleh guna jurulatih tempatan sahaja," ujarnya ringkas.

Pada Mei lalu, Vingada dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Sehingga kini Harimau Malaya belum menang dalam enam perlawanan utama dibawah pengendali berasal dari Portugal itu.

Ia termasuk kegagalan skuad negara mara ke Piala Asia 2018 apabila tewas 4-0 dalam dua baki perlawanan Kumpulan B bertemu Korea Utara 13 November lalu.

Khalid Ali, Nelo Vingada

Artikel Sebelum

Ferdinand Kritik Skuad United

Artikel Berikut

Artikel Lain