suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah Jentera Serangan!

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho menyalahkan jentera serangan pasukan itu yang menjadi punca mereka tewas 0-1 kepada Basel pada aksi Liga Juara-Juara di Sankt Jakob-Park, awal pagi Khamis.

Red Devils dilihat menguasai hampir keseluruhan permainan dan nyaris mendahului dengan 2-0 tetapi percubaan Marouane Fellaini dan Romelu Lukaku tersasar.

United juga melepaskan peluang untuk bangkit pada babak kedua tetapi ianya sudah terlambat apabila Michael Lang meledak gol kemenangan pada saat akhir untuk pasukan tuan rumah.

"Babak pertama amat sempurna tanpa gol. Agak sukar untuk mengekalkan kedudukan itu pada babak kedua tapi kami tahu pasukan lawan mencuba reaksi yang berbeza.

"Kami hilang arah pada babak pertama. Kami sepatutnya mendahului dengan 5-0 tetapi gagal memecah kebuntuan selepas menjadi begitu dominan.

"Saya fikir majoriti pada babak kedua, perasaan setiap orang ok, ia akan kekal 0-0 tetapi mereka (lawan) berjaya dapat gol pada saat akhir," katanya.

Meskipun tewas, United masih kekal berada di tangga teratas kumpulan A dengan mengumpul 12 mata.

Tempat kedua pula milik Basel yang mengutip sembilan mata.

Manchester United, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Wenger Dedah Nama Penggantinya

Artikel Berikut

Artikel Lain