suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fellaini, PSG Adakan Rundingan Rahsia

Marouane Fellaini.

MAROUANE Fellaini telah mengadakan rundingan dengan Paris Saint-Germain dan menerima tawaran lumayan untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas akan datang.

Pemain kebangsaan Belgium itu mempunyai baki kontrak kurang setahun bersama United. 

Malah dia turut dilaporkan menolak untuk memperbaharui kontraknya di Old Trafford, bulan lalu.

Le10 Sport kini melaporkan Fellaini mengadakan rundingan secara rahsia dengan PSG.

Meskipun gaji Fellaini belum diputuskan, laporan tersebut mendakwa PSG memaklumkan kepada pemain itu bahawa dia ditawarkan kontrak selama empat tahun.

PSG amat berminat terhadap Fellaini dan berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya secara perpindahan percuma pada musim panas akan datang.

Jika United gagal memujuk Fellaini untuk kekal, pemain tengah itu bebas mengadakan rundingan dengan mana-mana kelab pada Januari depan.

Marouane Fellaini, PSG

Artikel Sebelum

Salah Jentera Serangan!

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain