suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferdinand Kritik Skuad United

Basle menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan. Foto: Reuters

MANCHESTER United tidak 'profesional', jelas bekas pemain kelab tersebut.

Rio Ferdinand mengkritik bekas majikannya itu selepas mereka tewas 1-0 kepada Basle pada aksi saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

United yang hanya perlu keputusan seri bagi memastikan kedudukan teratas dalam Kumpulan A, namun terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.

Anak buah Jose Mourinho itu perlu memastikan kemenangan pada saingan terakhir peringkat kumpulan bertemu CSKA Moscow selepas ini.

Bekas kapten United itu melontar kritikan pedas berkenaan aksi separuh masa kedua yang menyaksikan pasukan pelawat berjaya meraih gol tunggal pada minit ke-89.

"Tiada siapa yang inginkan kekalahan, tetapi gaya mereka tewas itu amat mengecewakan.

"Mereka akan layak tetapi jika anda bermain seperti itu dan membiakan emosi yang mengawal, peluang akan jadi lebih terbuka.

"Ia seperti bermain bola keranjang, tamat satu dan satu permainan. Dan mereka tidak profesionalk di semua bahagian," jelasnya dalam BT Sport.

Rio Ferdinand, Manchester United

Artikel Sebelum

Kim Swee Panggil Lima Muka Baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain