suria

Kim Swee Panggil Lima Muka Baharu

Skuad Kim Swee kembali menjalani latihan pusat bermula Isnin depan.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Bawah 23 Tahun, Datuk Ong Kim Swee mengambil peluang menyenaraikan lima pemain remaja menyertai kem latihan pusat menjelang Kejuaraan Bawah 23 Tahun di China Januari ini.

Kim Swee memanggil pemain dalam lingkungan 17 hingga 19 tahun terdiri daripada empat pemain dari skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak iaitu Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) serta tidak ketinggalan, pemain Pahang berusia 19 tahun, Kogileswaran Raj.

Kelima-lima pemain tersebut antara skuad Hodak yang berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu turut memanggil 17  daripada  20 pemain yang berjaya memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu telah dikekalkan Kim Swee dengan hanya tiga pemain digugurkan iaitu dua pemain Kedah, Amirul Hisyam Awang Kechik dan Ariff Farhan Md Isa serta penyerang Pulau Pinang, S Kumaahran yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut.

Sementara empat pemain yang berada dalam skuad 23 pemain ketika pusingan kelayakan di Bangkok, Thailand pada Julai lalu tetapi digugurkan dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah disenaraikan semula untuk kem latihan kali ini iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini tetapi tiada dalam skuad ketika pusingan kelayakan di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Selepas tiga minggu latihan tempatan di Wisma FAM, skuad B-23 kebangsaan akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember dan kemudian terbang terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018.

Senarai pemain ke kem pusat latihan B-23 Tahun kebangsaan:

1.Haziq Nadzli -Johor Darul Ta’zim
2.Safawi Rasid -Johor Darul Ta’zim
3.Dominic Tan -Johor Darul Ta’zim
4.Adam Nor Azlin -Johor Darul Ta’zim
5.Syamer Kutty Abba -Johor Darul Ta’zim
6.Ifwat Akmal Chek Kassim -Kedah
7.Syafiq Ahmad -Kedah
8.Akhyar Rashid -Kedah
9.Ahmad Syihan Hazmi Mohamed-Kelantan
10.Danial Ashraf Abdullah -Kelantan
11.Nik Akif Syahiran Nik Mat -Kelantan
12.Matthew Davies -Pahang
13.Nor Azam Abdul Azih -Tengah Pahang
14.Kogileswaran Raj -Pahang
15.Adib Zainudin -Felcra Fc
16.N Thanabalan -Felcra Fc
17.Syazwan Andik Ishak -Johor Darul Ta’zim Ii
18.Hadi Fayyadh Abdul Razak -Johor Darul Ta’zim Ii
19.Raphi Azizan Mariappen -Pj Rangers Fc
20.Tommy Mawat Bada -Pj Rangers Fc
21.Jafri Firdaus Chew -Pkns Fc
22.Shivan Pillay Asokan -Pkns Fc
23.Danial Amier Norhisham -Felda United
24.Irfan Zakaria -Kuala Lumpur
25.Ahmad Khairil Anuar Zamri -Perak
26.Syazwan Zaipol Bahari -Pknp Fc
27.K Thivandaran -Pulau Pinang
28.Sean Eugene Selvaraj -Negeri Sembilan
29.Syahmi Safari -Selangor
30.Amierul Hakimi Awang -Terengganu




Ong Kim Swee

Artikel Sebelum

Ozil Sedia Ke Old Trafford?

Artikel Berikut

Ferdinand Kritik Skuad United

Artikel Lain