suria

Jurulatih Algeria ‘Naik Angin’

KETUA jurulatih Algeria Rabah Madjer berang dengan seorang wartawan ketikan sidang media pasukan kebangsaan.

Pemain bintang Riyad Mahrez turut berada di sisi jurulatihnya.

Ia berpunca apabila seorang wartawan menanyakan soalan kepada Mahrez.

Sebaik sahaja Mahrez ingin menjawab soalan tersebut, jurulatihnya tetiba memegang bahunya dan bekata 'Riyad bagi saya dua saat.'

"Mr Djebour, wartawan kebangsaan, anda adalah musuh kepada pasukan kebangsaan," ujar Madjer sambil menunding jari ke arah seorang wartawan yang mengemukan soalan.

"Saya bercakap secara terbuka, dengar semua. Saya menghormati semua bukan dia," ujar Madjer sambil melihat Djebour.

"Diam! Diam! Diam! Bersara dan biar generasi seterusnya buat kerja," tambah Madjer yang jelas kelihatan marah.

Ketika insiden berlaku, pemain Leicester City itu jelas kelihatan serba salah.

"Soalan seterusnya," ujar Madjer.

Madjer 'naik angin' selepas wartawan bertanyakan mengebai prestasi pasukan secara keseluruhan dan kegagalan untuk layak ke final Piala Dunia 2018.

Algeria, Mahrez

Artikel Sebelum

Dua Pemain Muda Tinggalkan Kedah

Artikel Berikut

Artikel Lain