suria

David Luiz Bakal Lakukan Perpindahan Mengejutkan

DAVID LUIZ dilapor akan melakukan perpindahan mengejutkan selepas berang dengan kaedah Antonio Conte di Stamford Bridge.

Pertahanan tengah Chelsea itu dilapor mahu menyertai Manchester United pada jendela perpindahan akan datang selepas dikritik Conte baru-baru ini.

Luiz dikatakan berang selepas Conte menjatuhkan moralnya apabila skuad berkenaan menewaskan United minggu lalu.

Malah, Conte juga tidak memberi bayangan bahawa pemain tersebut akan kembali disenaraikan dalam skuad utama menjelang pertemuan menentang West Brom pada Sabtu.

Daily Star melaporkan, berikutan itu pemain Brazil berkenaan mahu kembali bersama bekas jurulatihnya, Jose Mourinho kerana United juga mahu mendapatkan seorang pertahanan tengah.

Conte dikatakan semakin tidak digemari pemain Chelsea sejak dia menyingkirkan Diego Costa selepas mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Bagaimanapun, Chelsea setakat ini enggan menjual Luiz kepada musuh dalam Liga Perdana Inggeris.


Chelsea, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain