suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pindah Ke PSG, Mourinho Buka Mulut

PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho akhirnya 'buka mulut' berhubung dakwaan dia akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim depan.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menafikan dia akan ke PSG seperti yang didakwa sejak seminggu lalu.

PSG ketika ini dilapor menjadikan dua jurulatih dari Liga Perdana Inggeris sebagai sasaran untuk menggantikan Unai Emery.

Mereka ialah Jose Mourinho dan Anotonio Conte.

Daily Star mendakwa, Mourinho bagaimanapun telah memberitahu Ketua Eksekutif United, Ed Woodward dalam mesyuarat mingguan untuk kekal bersama kelab berkenaan.

Mourinho telah menandatangani kontrak selama tiga tahun pada musim lalu dan berjaya memenangi dua piala.

Bagaimanapun PSG cuba mendapatkan Mourinho apabila jurulatih tersebut dilapor enggan menandatangani kontrak baharu.


Manchester United, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain