suria

Aubameyang Digugur Kerana Masalah Disiplin

Pierre-Emerick Aubameyang. Foto Reuters

PIERRE-Emerick Aubameyang tidak dimasukkan dalam skuad Borussia Dortmund untuk berdepan dengan Stuttgart kerana masalah disiplin.

Dortmund mendedahkan berita itu di Twitter bagi menjawab pertanyaan seorang penyokong mengenai sebab Aubameyang tidak kelihatan dalam sebuah video yang merakamkan pasukan itu di lapangan terbang.

Kelab di Bundesliga Jerman itu menjawab: "Aubameyang telah dikeluarkan dari skuad untuk perlawanan esok kerana sebab disiplin."

Akhbar Jerman, Bild melaporkan bahawa Aubameyang menggunakan dua hari cutinya untuk pergi ke Barcelona.

Aubameyang dikatakan berjumpa dengan bekas rakan sepasukannya Ousmane Dembele dan ke kelab malam Barcelona di Shoko.

Penyerang itu memuat naik gambar beliau bersama Dembele, di laman sosial Instagram.

Aubameyang sebelum ini pernah bermasalah dengan Dortmund.

Dia pernah dikeluarkan dari skuad Dortmund ketika berdepan pasukan Sporting Lisbon musim lepas, gara-gara menggunakan hari cutinya untuk menghadiri majlis ulang tahun rakannya di Milan, di saat kelab itu mahu merebut gelaran Liga Juara-Juara. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain