Dua Pemain Muda Tinggalkan Kedah - Sukan | mStar

Dua Pemain Muda Tinggalkan Kedah

DUA pemain Kedah yang kurang mendapat tempat bersama skuad Helang Merah akhirnya memilih destinasi baharu pada musim depan.

Mereka ialah bekas penjaga gol Harimau Muda, Mohd Farhan Abu Bakar yang bakal muktamadkan perjanjian selama setahun bersama kelab Liga FAM pada minggu hadapan secara pinjaman.

Difahamkan Mohd Farhan masih punyai kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), namun telah mendapat restu daripada ketua jurulatih, Mohd Nidzam Adzha untuk berhijrah.

"Farhan memilih ke PJ Rangers kerana mahu bina kembali kariernya selepas sukar mendapat tempat apabila Ifwat Akmal menjadi pilihan sebagai penjaga gol utama di Kedah.

"Walaupun sekadar Liga FAM, dia yakin jurulatih, Hassan Sazali Waras yang dikenali sejak bersama skuad Harimau Muda sebelum ini dapat membantunya.

"Biarpun sukar kerana perlu turun ke Liga FAM, Farhan tetap tekad buat keputusan ini kerana mahu kerap bermain serta dapatkan kembali keyakinan, " kata sumber berkenaan yang rapat dengan Farhan.

Selain itu, penyerang muda yang berasal dari Langkawi, Syazani Hazani, juga memilih untuk angkat kaki selepas kurang mendapat peluang bermain.

Kehadiran pemain import serta senior yang lain meletakkan Syazuan sukar menembus tempat di dalam barisan kesebelasan utama Kedah.

Kehadiran Syazuan dan Farhan bermakna PJ Rangers telah tandatangi lima pemain muda berbakat selepas tiga pemain Sarawak, Tommy Mawat, Shreen Tambi dan Nur Shamie Iszuan.

Mengenai kerusi panas jawatan ketua jurulatih Kedah, selain Mario Gomez dan Ramon Marcote, bekas jurulatih Terengganu dan Ketua Pengarah Teknikal Sabah, Mike Mulvey juga memohon jawatan berkenaan.

Pada Jun tahun ini, Mulvey menggalas peranan selaku ketua jurulatih kelab Thailand, BEC Tero Sasana dan membawa pasukan itu duduki tempat ke-13 dari 18 pasukan dengan berbaki satu perlawanan.

Kedah , PJ Rangers

Artikel Sebelum

CAS Tolak Permohonan Silva

Artikel Berikut

Jurulatih Algeria ‘Naik Angin’

Artikel Berkaitan

Dedah Bukti Atau Berdepan Saman

Atuk Stefano Dedah Masa Depan Bersama Kedah

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain