suria

CAS Tolak Permohonan Silva

PERMOHONAN pemain tengah Portugal untuk menyertai Leicester City ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Adrien Silva yang beraksi dengan Sporting mahu berpindah ke Liga Inggeris tetapi telah dihalang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kerana melebihi tempoh pendafaran, jelas CAS.

Leicester memberi pemain berusia 28 tahun itu ketika sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos lalu.

Tetapi Fifa yang menguruskan perpindahan antarabangsa hanya mendapat dokumen tersebut selepas tarikh akhir pendaftaran.

Silva membuat rayuan di CAS serta turut memohon 'perjanjian sementara segera' yang membolehkan dia bersama Leicester sehingga rayuan didengar.

CAS dalam kenyataan memberitahu bahawa mereka menolak perjanjian sementara itu tetapi meneruskan prosiding.

Mahkamah Timbang Tara Sukan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Pemain Muda Tinggalkan Kedah

Artikel Lain