suria

Neymar Mungkin Kembali, Messi Mahu Griezmann

-fotoGetty

PENGURUS Barcelona, ​​Ernesto Valverde terbuka untuk membawa Neymar kembali ke Nou Camp dari Paris Saint-Germain (PSG).

Laporan mencadangkan pemain antarabangsa Brazil itu menyesal dengan keputusannya menyertai pasukan Ligue 1 itu dengan perpindahan rekod dunia bernilai £200 juta, Ogos lalu.

Valverde pula tidak memberikan komen jelas tentang cadangan tersebut, tetapi menimbulkan spekulasi apabila menyatakan Neymar mungkin akan menyarung jersi merah dan biru yang terkenal itu sekali lagi.

"Kita lihat saja apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tapi sudah tentu saya tidak mahu bercakap mengenainya," katanya.

Neymar telah menjaringkan tujuh gol dalam Ligue 1 sejak bersama PSG tetapi hubungannya dengan pengurus Unai Emery dan penyerang Edinson Cavani dikatakan bermasalah.

Lionel Messi dilaporkan mahukan Antoine Griezmann menjadi pengganti Neymar pada musim panas.

Antoine Griezmann. -fotoGetty

Pemain antarabangsa Perancis itu sangat berminat untuk menyertai Manchester United tetapi akhirnya menandatangani kontrak baharu dengan Atletico Madrid.

Laman web Sepanyol Don Balon berkata Messi mahu Griezmann menjadi sasaran utama kelab ketika Neymar meninggalkan Barca.

Walaupun perjanjian itu tidak menjadi kenyataan, pemain berusia 30 tahun itu masih bersemangat untuk membawa masuk penyerang itu ke Nou Camp.

Sementara itu prestasi Luis Suarez yang tidak konsisten musim ini telah mengecewakan Messi, menurut Sky Sports.

Suarez hanya menjaringkan dua gol musim ini. -expressUK

Neymar, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain