suria

Pemain Tengah Chelsea Dalam Radar Mourinho

MANCHESTER United dilaporkan mahu melakukan bidaan mengejut terhadap tonggak utama Chelsea ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula awal tahun depan.

Pemain yang dimaksudkan adalah Cesc Fabregas yang mempunyai baki kontrak 18 bulan sahaja lagi di Stamford Bridge.

Fabregas merupakan pemain yang pernah dibawa masuk Jose Mourinho semasa mengendali Chelsea pada 2014.

The Times melaporkan United sedang mengintai peluang untuk memburu Fabregas dan Chelsea sudah pun menyedari perkara itu.

Susulan itu, Chelsea bersedia menawarkan kontrak lanjutan kepada Fabregas tetapi kedua-dua pihak tidak bersetuju mengenai tempoh tawaran baharu berkenaan.

Fabregas mahu memperkuat Chelsea selama dua tahun lagi tetapi The Blues sekadar menawarkan kontrak lanjutan selama setahun sahaja.

Namun difahamkan Antonio Conte enggan melepaskan Fabregas kepada mana-mana kelab.

United sentiasa memantau perkembangan Fabregas sejak Mourinho mengambil alih Old Trafford 18 bulan lalu.

Mourinho menganggap Fabregas sebagai alternatif kepada Mesut Ozil jika mereka terlepas mendapatkan khidmat pemain tengah Arsenal itu pada Januari depan.

Manchester United, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain