suria

Susahlah! FAP Kini Kritikal - Gary Nair

Gary Nair. Foto kredit: PFA

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berada dalam keadaan kritikal selepas peletakan jawatan presidennya, Zairil Khir Johari Isnin lalu.

Naib presiden, Datuk Gary Nair megakui 'pening kepala' lebih-lebih lagi keputusan peletakan jawatan Zairil dibuat tanpa berbincang dahulu bersama ahli-ahli majlis persatuan.

"Dua hari lalu satu mesyuarat khas ahli-ahli majlis Persatuan Bolasepak Pulau Pinang diadakan, bagi membincangkan hal mengenai peletakan jawatan presiden.

"Kami semua sebulat suara menolak peletakan jawatan tersebut dan memohon beliau terus menerajui persatuan sehingga berlangsungnya mesyuarat agung tahunan pada November depan.

"Kalau beliau diam selepas mengumumkan peletakan jawatan macam mana kami mahu uruskan persatuan?  Gaji pemain, jurulatih, staf macam mana 'mau' bayar?.

"Saya tidak tahu jumlah duit dalam akaun persatuan ada berapa? Malah ketika mesyuarat khas hari itu (Rabu) bendahari pun tak datang. Bendahari dilantik beliau (Zairil)," ujarnya kepada mStar Online.



Jelas Gary, pihaknya meminta Zairil kekal hingga bulan depan sehingga presiden baharu dilantik ketika Mesyuarat Agung Thaunan FAP.

"Susahlah. Saya sendiri buntu apa yang perlu dibuat. Sebelum ini saya mahu letak jawatan, beliau tak bagi. Tetapi sekarang beliau yang letak jawatan dalam keadaan masalah.

"Saya sudah menghantar teks kepada Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengenai masalah ini dan beliau belum 'reply' lagi.

"Kita perlukan sekurang-kurang RM2 juta untuk selesaikan gaji (Oktober dan November) serta persiapan untuk Liga Malaysia nanti.

"Kita tunggu beberapa hari lagi, dan jika Zairil masih berdiam diri, kita perlu adakan mesyuarat tergempar," ujarnya mengeluh.

Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil meletak jawatan sebagai Presiden FAP berkuat kuasa serta-merta.

FAP: Zairil Letak Jawatan

PFA, Datuk Gary Nair

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain