suria

Saya Dah Analisis Liverpool - Mourinho

Jose Mourinho. -fotoREUTERS

JOSE Mourinho berkata dia tahu pasukan Liverpool lebih baik berbanding musim lalu ketika pengurus Manchester United itu bersiap sedia untuk lawatannya ke Anfield.

United menduduki tempat kedua carta Liga Perdana Inggeris, berkongsi mata dengan Manchester City.

Sementara itu, Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan dari tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, tetapi Mourinho berkata dia memahami kualiti yang ada dalam skuad lawan.

"Saya tahu kualiti pemain mereka dan kualiti pasukan mereka.

"Jelas sekali kualiti pasukan mereka mempunyai kaitan dengan kualiti pengurusnya.

"Saya mengetahuinya sejak musim lalu, saya tahu ia lebih baik sekarang kerana dalam beberapa minggu terakhir saya cuba menganalisis mereka dan belajar tentang mereka dengan cara yang lebih tepat," katanya.

Mourinho berkata dia memahami bagaimana besarnya persaingan antara kedua-dua pasukan tetapi mendakwa setiap 'mata adalah sama' dengan dalam pemikiran masing-masing mahu mengejar gelaran.

"Jika satu permainan besar itu dikatakan hanya apabila anda bermain dengan Manchester City, atau Liverpool, atau Chelsea, maka anda mempunyai enam perlawanan besar dalam satu musim," kata pengurus berusia 54 tahun itu.

"Saya mahukan setiap pemain saya mempunyai mentaliti bahawa setiap perlawanan adalah perlawanan besar.

"Apabila anda adalah sebuah kelab besar yang ingin memenangi gelaran, anda ingin menang pertandingan seperti Liga Perdana, setiap perlawanan adalah sama, setiap mata adalah sama, kecuali jika ada dua atau tiga kelab berjuang untuk tujuan tertentu dalam satu musim," katanya. -skysports

Jose Mourinho, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Conte Dedah Derita Musim Lalu

Artikel Lain