Peminat Banjiri Litar F1 Sepang - Sukan | mStar

Peminat Banjiri Litar F1 Sepang

Peminat berebut untuk mendapatkan autograf daripada pelumba Formula 1 Petronas, Lewis Hamilton (bawah kanan). - Bernama

SEPANG: Peminat mula membanjiri Litar Antarabangsa Sepang seawal pukul 8.30 pagi Ahad bagi menyaksikan perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Formula Satu (1) Petronas Malaysia di sini.

Awan mendung pada tengah hari seakan-akan menggambarkan 'mood' pengunjung di litar tersebut yang hadir 'meraikan' perlumbaan terakhir berkenaan.

Astaka utama dipenuhi dengan penonton sebelum acara perlumbaan Formula 1 berlangsung pada pukul 3 petang.

Penganalisis Risiko, E. Subash, 26, berkata, ia merupakan hari yang sedih buatnya.

"Saya mula menonton Formula 1 sejak tahun 1997. Saya benar-benar berharap mereka menganjurkannya kembali," katanya ketika ditemui The Star di litar tersebut.

Rakannya, seorang pengamal perhubungan awam, T. Avineshwaran, 26, berkata, dia berada di sana kerana ingin menjadi sebahagian daripada sejarah.

"Saya agak kecewa kerana mereka mengeluarkan Malaysia daripada kalendar Formula 1.

"Sepang sentiasa menjadi perlumbaan yang menyeronokkan. Saya terfikir apakah yang akan dilakukan di litar ini nanti?" soalnya.

Penonton dilihat memakai kemeja yang mewakili pasukan kegemaran masing-masing, sementara yang lain membawa bendera negara asal pemandu kegemaran mereka.

Ada antara peminat perlumbaan berprestij itu turut bersiap sedia memakai baju hujan dan payung kerana hujan lebat dijangka turun.

Formula 1

Artikel Sebelum

Bale Kembali Tunjuk Taring

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

SIC Agih 5,400 Tiket Percuma

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi