suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puluhan Cedera Besi Penghadang Keselamatan Runtuh

SEKURANG-kurangnya 20 cedera selepas penghadang keselamatan di sebuah stadium runtuh semasa perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Malang tidak berbau apabila puluhan penyokong yang meraikan gol jaringan Fode Ballo-Toure pada minit ke-15 di Amiens, Perancis terjatuh menghempap antara satu sama lain susulan insiden itu.

Seramai tiga penyokong dilaporkan mengalami kecederaan parah.


Beberapa lagi menerima rawatan di hospital selepas pasukan perubatan dikejarkan ke Stadium Stade de la Licorne.

Perlawanan antara Amiens dan Lille dihentikan selepas insiden itu.

Satu rakaman menunjukkan detik penyokong terjatuh menghempap antara satu sama lain menjadi tular di media sosial.

Malah, beberapa penyokong lain dan pegawai bertugas dilihat cuba menyelamatkan mereka yang terlibat dalam insiden itu.

penghadang keselamatan, runtuh

Artikel Sebelum

Kekalkan 14 Oktober - Pafa

Artikel Berikut

Artikel Lain