suria

United Dapat Nama Jolokan Baharu

SUSULAN kemenangan besar ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris malam Sabtu, Manchester United diberi nama jolokan baharu oleh netizen di Twitter.

Anak buah Jose Mourinho kini dikenali sebagai 4-0 FC sejurus tamat perlawanan di Old Traffrod malam Sabtu.

Ia adalah kemenangan keempat mereka pada aksi EPL musim ini.

United juga menjaringkan empat gol ketika aksi Piala Liga dan Liga Juara-Juara masing-masing menundukkan Burton dan CSKA Moscow 4-1, bulan lalu.

Ia adalah aksi terbaik United selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013.

David Moyes menggantikan Ferguson tetapi tidak bertahan lama sebelum Louis van Gaal mengambil alih tugasnya.

Van Gaal juga tiada jodoh panjang bersama United kerana sering dikritik susulan percaturannya yang tidak menjadi.

Mourinho mengambil alih United musim lalu dan menunjukkan beberapa peningkatan ketara walaupun sekadar membantu pasukan menduduki tangga enam teratas liga.

Namun kehadiran Romelu Lukaku mencetuskan kebangkitan apabila dia kini menyamai rekod legenda Andrew Cole dengan menjaringkan gol ketujuhnya dalam tujuh aksi penting setakat ini.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Conte Sedia Angkat Kaki

Artikel Lain