suria

Bale Kembali Tunjuk Taring

DALAM tempoh dua minggu, Gareth Bale telah menjaringkan dua jenis gol buat Real Madrid yang kedua-duanya dianggap menakjubkan.

Gol pertama ketika menentang Real Sociedad dalam La Liga menyaksikan Bale membuat hantaran selaju 35 kilometer (km) sejam ketika dia memecut hampir sejauh 70 meter (m) untuk menundukkan pemain pertahanan dan penjaga gol lawan.

Manakala gol kedua pula yang dijaringkan ketika menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara turut dianggap sebagai tendangan yang cantik.

Prestasi Bale mula meningkat musim ini.

"Dia perlu melakukan tendangan seperti itu setiap minggu," kata seorang pengulas bola sepak pada siaran radio Sepanyol, Cadena Sir.

Bale berdepan saat sukar pada musim lalu dengan menjaringkan hanya tujuh gol dalam La Liga dan turut mengalami kecederaan. - Mail Online

Gareth Bale

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Berikut

Artikel Lain