suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Tonggak TRW Angkat Kaki?

Mohd Qayyum Marjoni Sabil (kiri) dan Khairul Izuan Rosli. - Foto sumber footballmalaysia.com

DUA tonggak utama Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil dan Khairul Izuan Rosli dikhabarkan akan meninggalkan kem The Red Warriors (TRW) musim depan.

Menurut sumber, kedua pemain utama TRW itu berkenaan ada menyatakan mahu mengubah angin baharu selepas hampir beberapa musim beraksi di Kota Bharu.

"Banyak pasukan mula berlumba-lumba ingin mendapatkan khidmat mereka selepas saingan Liga Malaysia berakhir.

"Khairul Izuan mendapat banyak tawaran pasukan berpangkalan di Lembah Klang.

"Berita ini tak mengejutkan kerana Khairul sendiri merupakan penyerang dan penjaring utama Kelantan sekarang ini," katanya.

Manakala, Qayyum juga dihujani tawaran menarik pasukan yang serius mendapatkan peranan pemain di posisi pertahanan kiri TRW.

"Saya tak boleh sebut pasukan mana yang akan diwakili kedua pemain ini. Tapi, besar kemungkinan perkara itu (perpindahan) boleh terjadi," katanya.

Khairul Izuan mula menyertai Kelantan pada 2011 dan sempat beraksi selama setahun untuk ATM.

Qayyum pula bersama Kelantan Bawah 21 pada 2012 hingga 2015 sebelum dipanggil memperkuat skuad Harimau Muda 2014 secara pinjaman. - Sinar Harian

TRW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain