suria

Mourinho Pertaruh Tiga Penyerang Semakin Digeruni

JOSE Mourinho dilapor bersedia menggunakan rangkaian penggempur yang semakin ditakuti lawan ketika Manchester United menentang Southampton.

Mereka yang dimaksudkan ialah gandingan Romelu Lukaku, Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Antara mereka bertiga, Mourinho ketika ini lebih teruja dengan aksi  Martial yang semakin pantas dengan skil individu untuk memecah blok pertahanan lawan.

Berikutan itu, jurulatih kelahiran Portugal berkenaan dijangka merombak kesebelasan utama dengan memberi peluang kepada gandingan tiga penyerang berkenaan.

"Semua pemain memberi saya pilihan kerana mereka begitu pantas bersaing. Setiap daripada mereka mampu menjaringkan lebih gol daripada apa yang dijangkakan.

"Daripada apa yang saya lihat dalam perlawanan pada Rabu lalu, Martial, Rashford, Juan Mata dan Jesse Lingard bermain dengan bagus.

"Oleh itu siapakah yang perlu berada di bangku simpanan apabila berdepan Southampton. Tiada siapa layak untuk berada di bangku simpanan.

"Tapi mereka berempat sahaja yang akan bermain, Bagaimana pula Henrikh Mkhitaryan dan Lukaku.

"Saya tidak boleh masukan enam pemain di bahagian serangan sahaja, jadi siapa yang akan berada di bangku simpanan," jelas Mourinho.

Manchester United, Southampton

Artikel Sebelum

Chong Wei Langkah Kanan

Artikel Berikut

Siapa Pemain Terbaik FIFA?

Artikel Lain