suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Langkah Kanan

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei menundukkan pemain dari China, Shi Yuqi untuk melangkah ke aksi final Terbuka Jepun di Tokyo.

Pemain berusia 34 tahun itu mengambil masa selama 39 minit untuk mengatasi Shi Yuqi, 21-19, 21-8.

Chong Wei ketinggalan 4-11 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 18-18 dan menang set pertama.

Namun pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak mudah menyerah kalah.

Dia mempamerkan aksi bertenaga pada set kedua untuk menempah tiket ke pentas final dalam usaha menghidupkan peluang memenangi kejuaraan Terbuka Jepun buat kali ketujuh.

Chong Wei akan bertemu sama ada Viktor Axelsen dari Denmark atau Soon Wan-ho (Korea Selatan) yang akan berentap di pentas separuh akhir.

Aksi final akan diadakan pada Ahad.

Lee Chong Wei, Terbuka Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain