suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana Degil, Arsenal Bakal Hilang Ramai Bintangnya

GARA-GARA ingin kekal dengan polisi untuk melanjutkan kontrak pemain, Arsenal berisiko kehilangan lebih ramai bintangnya.

Sebelum ini, Arsenal gagal mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontrak Mesut Ozil dan Alexis Sanchez kerana polisi kelab itu.

Terbaru, kelab kendalian Arsene Wenger akan turut kehilangan Danny Welbeck dan Aaron Ramsey jika kontrak mereka dibiarkan tamat.

Selain itu Jack Wilshere juga mempunyai baki kontrak selama setahun dengan Alex Oxlade-Chamberlain telah dijual kepada Liverpool selepas kontraknya berbaki 12 bulan.

Walaupun Tottenham telah belajar daripada kesilapan berkenaan ketika kehilangan Sol Campbell pada 2011 namun ia belum cukup memberi pengajaran kepada Arsenal.

Ramsey dan Welbeck yang berusia 26 tahun mempunyai baki kontrak selama dua tahun dan memudahkan kelab lain mendapatkan khidmat mereka tanpa bayaran tinggi.

Persetujuan antara pemain dan kelab gagal dicapai apabila Arsenal enggan membayar gaji seperti yang dituntut walaupun zaman telah berubah.

Arsenal, Aaron Ramsey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Tonggak TRW Angkat Kaki?

Artikel Lain