suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hentikan! Amaran Chelsea Kepada Penyokong

CHELSEA menggesa penyokong pasukan itu supaya berhenti melaungkan chant Alvaro Morata yang didakwa berbaur penghinaan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu meledak gol ketika Chelsea menang 2-1 ke atas Leicester City sekali gus meneruskan permulaan baik bersama The Blues sejak berhijrah dari Real Madrid pada musim panas lalu.

Penyokong The Blues melaungkan sorakan mengenai Morata untuk menghina Tottenham Hotspur yang mempunyai ramai penyokong Yahudi.

Namun Morata tidak selesa dengan laungan yang didakwa digunakan segelintir penyokong Chelsea pada perlawanan tersebut yang mengandungi kata-kata berbaur penghinaan merujuk kepada pencabar utama pasukan itu.

Chelsea berjaya menangani insiden itu dengan pantas apabila mengeluarkan satu kenyataan sejurus tamat perlawanan di Stadium King Power.

"Kelab dan pemain amat menghargai sokongan tidak berbelah-bahagi penyokong di gelanggang lawan, sudah tentu, tapi bahasa yang digunakan dalam chant itu tidak boleh diterima sama sekali.

"Alvaro tidak mahu dikaitkan dengan laungan tersebut dalam apa jua cara sekali pun. Dia dan juga kelab memohon agar penyokong menghentikan laungan itu dengan serta-merta," demikian menurut kenyataan itu.

Chelsea terlibat dalam beberapa insiden berbaur perkauman sejak beberapa tahun ini dengan penyokong turut menolak seorang penyokong berkulit hitam keluar dari Paris Metro selepas tamat perlawanan Liga Juara-Juara menentang PSG  pada 2015.

Bekas kapten Chelsea, John Terry turut didakwa Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana menghina Anton Ferdinand ketika aksi menentang Queens Park Rangers pada 2011.

Akibatnya, Terry digantung empat perlawanan.

Alvaro Morata, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain