suria

Awas Arsenal!

MANCHESTER United bersedia melaburkan sejumlah wang besar sebanyak 92 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat pemain dalam radar Arsenal pada Januari tahun depan.

Red Devils amat meminati bintang Perancis, Thomas Lemar dan Jose Mourinho bersedia untuk bersaing dengan Arsene Wenger semula.

Arsenal turut menyatakan hasrat untuk mengemukakan semula bidaan terhadap Lemar selepas terlepas pemain berbakat itu pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pemain ditutup 31 Ogos lalu.

Thomas Lemar.

Penasihat Lemar turut menyedari minat Mourinho terhadap pemain berusia 21 tahun itu.

Mourinho kecewa apabila United gagal membawa Ivan Perisic dari Inter Milan pada musim panas lalu dan Lemar kini dalam radarnya.

Sementara itu, Wenger pula terdesak untuk mengikat Lemar bagi menggantikan Alexis Sanchez.

Pemain kebangsaan Chile itu dijangka memuktamadkan perpindahan ke Manchester City pada Januari depan dengan bidaan sebanyak 20 juta pound sterling.

Manchester United, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Stephens Juara Terbuka AS

Artikel Lain