suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stephens Juara Terbuka AS

BEREHAT selama 11 bulan kerana menjalani pembedahan kecederaan kaki kiri tidak pernah melunturkan impian Sloane Stephens untuk merangkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya.

Stephens menewaskan rakan baiknya, Madison Keys, 6-3, 6-0.

Malah kejayaan itu dianggap hebat memandangkan beliau baharu saja kembali ke gelanggang ketika aksi Wimbledon, dua bulan lalu.

"Saya seorang pejuang sejati dan saya tidak pernah berputus asa.

"Saya tidak akan biarkan mereka ambil daripada saya. Saya akan pastikan saya berikan segala-galanya yang saya ada," kata Stephens.

Semangat untuk memenangi perlawanan itu membuak-buak selepas Stephens sekadar menjadi penonton Terbuka Australia kerana menjalani pembedahan.

"Pergerakan saya amat terhad. Jadi ia tempoh 15 minggu yang cukup sukar. Saya fikir semua itu jadi detik paling sukar pernah saya hadapi," katanya.

Kejayaan itu disifatkan sebagai permulaan baik bagi Stephens yang menduduki ranking ke-957 dunia pada 31 Julai lalu.

Sloane Stephens, Terbuka AS

Artikel Sebelum

Awas Arsenal!

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain