suria

Mourinho Tolak Bersalaman Dengan Hughes

JOSE Mourinho tidak mengendahkan huluran tangan Mark Hughes selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Manchester United terikat 2-2 dengan Stoke City.

Permulaan baik pendahulu Liga Perdana Inggeris itu akhirnya direncatkan Eric Maxim Choupo-Moting yang menanduk masuk gol penyamaat beberapa minit selepas Romelu Lukaku meletakkan United di depan.

Sepanjang perlawanan itu, Mourinho dilihat bengang dengan tindakan Hughes.

Dia turut membantah permintaan Hughes terhadap pegawai keempat agar Paul Pogba dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran terhadap pemain tuan rumah.

Namun, selepas tamat perlawanan Mourinho melakukan tindakan mengejut apabila berjabat tangan dengan salah seorang pembantu Hughes tetapi tidak mengendahkan huluran tangan pengendali dari Wales itu dan terus berjalan memasuki terowong.

Dengan keputusan seri itu, ini bermakna Hughes merupakan pengendali kedua berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan ketika berdepan pasukan dibimbing Mourinho dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Malah sebelum aksi sepak mula, Hughes mendedahkan dia sudah mengenal pasti kelemahan United.

"Saya rasa dia tidak berkata demikian secara khusus, jadi mungkin selepas tamat perlawanan dia bagus dan memberitahu saya kelemahan pasukan.

"Saya tidak tahu sama ada dia seorang peminat Chelsea atau United!," kata Mourinho.

Jose Mourinho, Mark Hughes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Awas Arsenal!

Artikel Lain