suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanpa Neymar, Barca Lebih Kuat - Presiden

Dembele (kanan) pengganti Neymar di Barca.

BARCELONA yakin ketiadaan Neymar bakal membuatkan kelab itu bertambah mantap musim ini.

Presiden Barcelona FC, Josep Maria Bartomeu percaya kelabnya akan lebih baik musim ini walaupun kehilangan pemain bintang Neymar yang berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Perpindahan Neymar ke PSG yang bernilai 198 juta pound membuatkan kelab gergasi Sepanyol itu bekerja keras mencari penggantinya.

Mereka cuba mengikat Philippe Coutinho dari Liverpool dan Angel Di Maria, namun gagal.

Bagaimanapun, Barca berjaya membawa masuk Ousmane Dembele dari Borrussia Dortmund dengan nilai 96 juta pound bagi menggantikan tempat Neymar.

"Lebih baik di bahagian kanan dan tengah. Kami boleh melakukan serangan dan dengan Paulinho, skuad mempunyai banyak kekuatan. Dan di barisan hadapan, kami mempunyai ramai pemain seperti Gerard Deulofeu dan Dembele," jelasnya.

Pemindahan Neymar ke PSG menyaksikan trio utama mereka di barisan hadapan (Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar) berubah, namun Bartomeu berkata ia bukanlah sesuatu yang buruk.

"Ia sesuatu yang baik walaupun ada kesannya. Ini merupakan satu peluang untuk perkuatkan di bahagian tengah, yang merupakan kekuatan tradisi Barca," tambahnya.

Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain