suria

Isyarat Lucah Untuk Walker - Alli

DELE Alli tampil memberi penjelasan mengenai isyarat lucah yang dibuatnya ketika aksi kemenangan 2-1 Kelayakan Piala Dunia England bertemu Slovakia awal pagi Selasa.

Jelas pemain muda berusia 21 tahun itu, isyarat lucah tersebut hanya gurauan dan ia ditujukan kepada rakan sepasukannya, Kyle Walker.

Alli digesa memohon maaf terhadap tindakannya itu yang didakwa isyarat tersebut ditujukan kepada pengadil Perancis, Clement Turpin.

Bintang Spurs itu memuat naik status din laman Twitternya: "Untuk penjelasan, isyarat malam ini adalah gurauan saya terhadap kawan baik, Kyle Walker! Mohon maaf jika ia menimbulkan kesalahan!'.

Namun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mendakwa ia ditujukan kepada Turpin, dan Alli boleh berdepan dengan digantung tiga perlawanan, termasuk aksi dua kelayakan bertemu Slovenia dan Lithuania serta aksi akhir pertama Piala Dunia tahun depan.

Untuk rekod, Jun lalu Lionel Messi digantung empat perlawanan kerana menghina pembantu pengadil namun hukuman itu dibatalkan.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate berkata: "Saya tidak nampak kelakuan itu tetapi saya akan ambil perhatian mengenainya. Kyle dan Dele berada di situ. Dele membuat isyarat tersebut kepada Kyle.

"Saya tidak tahu sudut sebenar gambar tersebut. Pasangan tersebut menggunakan komunikasi yang pelik tetapi akan diberi perhatian."

Southgate bagaimana pun mengakui, dia akan menasihatkan Alli supaya tidak lagi melakukan isyarat seperti itu selepas ini.

Dele Alli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain