suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peluang United Sambar Griezmann

MANCHESTER United terus menerima berita gembira apabila berpeluang menyambar khidmat penyerang sensasi Atletico Madrid pada Januari ini dengan bidaan sebanyak 92 juta pound sterling.

Antoine Griezmann hampir menyarung jersi Red Devils pada musim panas lalu tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana sekatan perpindahan yang dikenakan terhadap Atletico.

Memandangkan kelab La Liga itu tidak dapat mencari penggantinya, Griezmann merasakan dia patut menunjukkan kesetiaannya kepada kelab tersebut.

Eric Olhats yang juga bekas ejen Griezmann berkata:"Griezmann tidak dapat meninggalkan Atletico. Dia menjadi integral kepada mereka dan menunjukkan komitmennya kepada kelab pada waktu itu ketika mereka tidak dapat membawa masuk pemain baharu.

"Tanpa sekatan Fifa dia mungkin akan angkat kaki."

Pemain Perancis itu akhirnya menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan klausa pelepasan bernilai 184 juta pound sterling.

Namun menurut laporan media di Sepanyol, perpindahan Griezmann akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Marca dan Mundo Deportivo mendakwa klausa pelepasannya kini menurun kepada 92 juta pound sterling selepas jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos lalu.

Sudah tentu bidaan tersebut tidak patut dilepaskan United yang sudah menaruh minat sekian lama terhadap Griezmann.

Dalam pada itu, Atletico pula boleh mendapatkan khidmat pemain baharu pada awal tahun depan dan mengharapkan penyerang Chelsea, Diego Costa kembali memperkuat kelab tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain