suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Mahu Tambah Derita Arsenal

SELEPAS membelasah Arsenal 4-0 di laman sendiri pada Ahad, Liverpool sedia menambah derita The Gunners.

Kali ini, The Reds dilaporkan mahu 'merampas' pemain buruan Arsenal, Thomas Lemar dan sedia mengeluarkan belanja 60 juta pound sterling bagi mendapatkan khidmat pemain AS Monaco itu.

Menurut laporan media Perancis, Liverpool sudah merisik harga Lemar yang bakal menggantikan Phillipe Countinho yang dijangka menyertai Barcelona.

Seandainya perpindahan itu direalisasikan, Lemar akan menjadi pemain termahal Liverpool selepas Mohamed Salah yang dibeli dengan harga 42 juta pound sterling pada Julai lalu.

Lemar menjadi buruan bos Arsenal, Arsene Wenger sejak jendela perpindahan dibuka pada bulan lalu tetapi semua bidaan kelab London iitu ditolak oleh kelab Perancis tersebut. - ESPN

Liverpool, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain