suria

Amaran Mourinho Buat Penyokong, Pemain United

MESKIPUN mencatatkan rekod bersih dengan tiga kemenangan tanpa bolos pada permulaan Liga Perdana Inggeris, bos Manchester United mengingatkanpeminat dan anak buahnya bahawa rekod cemerlang itu tidak dapat dikekalkan.

Ini kerana Jose Mourinho khuatir bahawa jadual yang padat akan menyebabkan prestasi cemerlang pasukannya tidak dapat dikekalkan.

United akan mula berdepan cabaran sebenar pada bulan depan apabila terlibat dalam beberapa kejohanan lain termasuk Piala Liga dan Liga Juara-Juara, sekali gus memerlukan pemain mengekalkan tahap cemerlang awal musim ini.

"Jika saya mempunyai tempoh seminggu untuk bersedia, pasukan saya akan menjadi bagus.

"Anda akan mempunyai masa untuk melakukan persediaan yang rapi.

"Tetapi apabila anda mula bermain setiap dua atau tiga hari, cabarannya bergantung kepada persediaan pramusim dan persediaan yang dilakukan sepanjang minggu itu," katanya.

United kembali ke kancah Liga Juara-Juara selepas layak secara automatik kerana memenangi Liga Europa pada musim lalu dan akan berkunjung ke Basel pada 12 September untuk perlawanan pertama.

Minggu seterusnya, United akan memulakan misi mempertahankan gelaran Piala Liga apabila diundi untuk berentap dengan kelab kerdil, Burton Albion.

"Mulai sekarang, tiada lagi 'minggu bersih'.

"Mulai sekarang, setiap minggu mempunyai dua perlawanan sehingga kami terkeluar daripada saingan," katanya. - The Independent

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain