suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Bida Bintang Real Madrid

MANCHESTER United membida sebanyak 92 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang Real Madrid sebelum jendela perpindahan ditutup pada Khamis.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Don Balon, pemain tersebut, Gareth Bale menjadi buruan pengurus United, Jose Mourinho selepas usaha mendapatkan pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic dilihat sudah terkubur.

Masa depan Bale di Real Madrid menjadi tanda tanya selepas digugurkan ketika juara bertahan La Liga itu sekadar seri 2-2 dengan Valencia baru-baru ini.

Pemain kelahiran Wales itu juga dikritik oleh segelintir penyokong Madrid ekoran aksi kurang konsisten sejak kebelakangan ini.

Malah kehadiran bintang muda kelab itu, Marco Asensio membayangi aksi Bale yang sering dihimpit masalah kecederaan.

Bale menyertai Madrid pada 2013 dengan rekod perpindahan dunia 85.1 juta pound sterling pada ketika itu.

Pemain berusia 28 tahun itu tampil bersama Madrid dalam 105 aksi dan menjaringkan 55 gol. - Mirror.uk

Manchester United, Gareth Bale

Artikel Sebelum

Milik Siapa?

Artikel Berikut

Artikel Lain