suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Exco Kafa Jangan Berpeluk Tubuh - Annuar Musa

PETALING JAYA: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta supaya pengurusan persatuan itu supaya tidak hanya berpeluk tubuh.

Tan Sri Annuar Musa memuat naik status di laman Facebooknya pada Rabu mengenai bayaran gaji kepada pemain The Red Warriors (TWR).

"Hari ini duit gaji TRW sebanyak RM816,000 sebulan untuk Julai sudah di serah pada bendahari. Gaji semua on time," jelasnya.

Annuar juga turut meluahkan kekecewaannya mengenai prestasi semasa pasukan Kelantan.

"Tapi tengok prestasi mereka sangat menyedihkan..tak padan dengan susah payah cari pitih (duit), 'klu bo staro' tu (kalau macam itu) prestasi pasukan.

"Apa pun terserahlah pada Kafa ,pengurusan dan pemain.

"Saya hanya boleh bantu cari dana setakat saya mampu. Saya harap pengurusan dan exco Kafa jangan berpeluk tubuh," katanya.

Untuk rekod, skuad TWR tewas berturut-turut dalam dua perlawanan terakhir, iaitu menentang UiTM 2-0 (Piala Malaysia) dan 5-0 kepada Kedah dalam aksi Liga Super minggu lalu.

Mereka kini di kedudukan bahaya liga, tempat ke-10 berkongsi mata bersama Sarawak yang berada di zon penyingkiran.

TRW, Tan Sri Annuar Musa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain